Jumaat, 19 November 2010

Sekapur Sireh

Ucapan Guru Besar
Assalamualaikumwarohmatullahiwabarokatuh. Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana saya berpeluang untuk berkongsi blog yang direka oleh Pn. Zarimah ini. Saya amat berbangga kerana guru di sekolah saya telah berjaya  meningkat profesionalisme. Saya merasa bertuah kerana terdapat guru yang dapat mendidik anak muridnya menggunakan laman blog ini dalam pengajaran dan pembelajaran. Saya berharap murid-muridnya dapat menggunakan blog ini sepenuhnya agar akedemik di sekolah ini semakin cemerlang. Sekali lagi saya mengucapkan tahniah kepada Pn. Zarimah .



 Ketua Panitia Bahasa Melayu
Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Saya selaku Ketua Panitia Bahasa Melayu berasa sangat gembira kerana dapat membuat blog ini. Saya berharap blog yang saya buat ini akan dapat menambah pengetahuan pelajar- pelajar saya. Saya juga berharap blog ini akan dapat dikongsi bersama oleh guru-guru yang lain. Semoga blog ini akan dapat memberi manfaat kepada semua. Akhir kata saya sentiasa akan menjadikan blog ini sebagai satu daripada blog yang memberi manfaat kepada semua untuk meningkatkan prestasi. Terima kasih

Sejarah Sekolah

Ditubuhkan pada 15 Julai 1952.
Diasaskan oleh Encik Abdul Manab b. Manap (Pemangku Pesaka Mukim Tebong ) dan Encik Maasar b. Sanggup (Penghulu Tanah Mukim Tebong).
Pada permulaannya bilangan murid sekolah ini hanya 25 orang. Bangunan sekolah adalah menumpang di sebuah rumah bekas bangunan rumah kastam (JKR no. 709).
Guru besar pada ketika itu ialah Encik Muhamad b. Hj. Abdul Rahman.
1953, kelas mula bertambah iaitu Darjah 2,manakala pada tahun 1954 Darjah 3 pula diwujudkan. Tahun itu juga bangunan tambahan telah dibina secara gotong-royong oleh penduduk kampung.
Pada tahun 1959 kerajaan telah membina sebuah bangunan baru berukuran 60 x 24 kaki . Pada ketika itu telah wujud Darjah 1 hingga Darjah 6.
Pada tahun 1974 kerajaan telah membina sebuah bangunan batu dua tingkat (JKR 1148). Bangunan ini mengandungi sebuah pejabat, sebuah bilik guru, sebuah stor, empat bilik darjah dan tandas guru serta tandas murid perempuan.
Hingga kini ketiga-tiga bangunan masih lagi digunakan, walaupun bangunan yang ada masih tidak mencukupi.

Ahad, 7 November 2010

MOTO

Melangkah sederap ,ilmu digarap,bakat digilap, kejayaan didakap



MISI

Kami warga SK Tebong beriltizam melahirkan insan bertrampilan, berdaya saing dan
cemerlang akademik melalui P&P berkesan, sahsiah melalui program bina diri mapan dan
kokurikulum melalui pendekatan inovatif.

Visi

SK Tebong ke arah melahirkan insan cemerlang akedemik,sahsiah dan kokurikulum berteraskan pendidikan berkesan dan berkualiti menjelang 2012