Ucapan Guru Besar
Assalamualaikumwarohmatullahiwabarokatuh. Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana saya berpeluang untuk berkongsi blog yang direka oleh Pn. Zarimah ini. Saya amat berbangga kerana guru di sekolah saya telah berjaya meningkat profesionalisme. Saya merasa bertuah kerana terdapat guru yang dapat mendidik anak muridnya menggunakan laman blog ini dalam pengajaran dan pembelajaran. Saya berharap murid-muridnya dapat menggunakan blog ini sepenuhnya agar akedemik di sekolah ini semakin cemerlang. Sekali lagi saya mengucapkan tahniah kepada Pn. Zarimah .
Ketua Panitia Bahasa Melayu
Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Saya selaku Ketua Panitia Bahasa Melayu berasa sangat gembira kerana dapat membuat blog ini. Saya berharap blog yang saya buat ini akan dapat menambah pengetahuan pelajar- pelajar saya. Saya juga berharap blog ini akan dapat dikongsi bersama oleh guru-guru yang lain. Semoga blog ini akan dapat memberi manfaat kepada semua. Akhir kata saya sentiasa akan menjadikan blog ini sebagai satu daripada blog yang memberi manfaat kepada semua untuk meningkatkan prestasi. Terima kasih

Tiada ulasan:
Catat Ulasan