Jumaat, 19 November 2010

Sejarah Sekolah

Ditubuhkan pada 15 Julai 1952.
Diasaskan oleh Encik Abdul Manab b. Manap (Pemangku Pesaka Mukim Tebong ) dan Encik Maasar b. Sanggup (Penghulu Tanah Mukim Tebong).
Pada permulaannya bilangan murid sekolah ini hanya 25 orang. Bangunan sekolah adalah menumpang di sebuah rumah bekas bangunan rumah kastam (JKR no. 709).
Guru besar pada ketika itu ialah Encik Muhamad b. Hj. Abdul Rahman.
1953, kelas mula bertambah iaitu Darjah 2,manakala pada tahun 1954 Darjah 3 pula diwujudkan. Tahun itu juga bangunan tambahan telah dibina secara gotong-royong oleh penduduk kampung.
Pada tahun 1959 kerajaan telah membina sebuah bangunan baru berukuran 60 x 24 kaki . Pada ketika itu telah wujud Darjah 1 hingga Darjah 6.
Pada tahun 1974 kerajaan telah membina sebuah bangunan batu dua tingkat (JKR 1148). Bangunan ini mengandungi sebuah pejabat, sebuah bilik guru, sebuah stor, empat bilik darjah dan tandas guru serta tandas murid perempuan.
Hingga kini ketiga-tiga bangunan masih lagi digunakan, walaupun bangunan yang ada masih tidak mencukupi.

Tiada ulasan: